Catatan Hidup Hifni

AKU CERITA,KAU HAYATI

Travelog Umrah 2- Madinah Al-Munawwarah


   Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yg dikasihi sekalian. Harap korang sentiasa sihat dan ceria selalu. Kali ini,aku ingin berkongsi dengan korang pula pengalamanku ketika berada di Tanah Madinah. Aku harap korang dah baca hasil penulisanku, Travelog Umrah 1- Mekah Al-Mukarramah dan mendapat sedikit sebanyak info daripada pembacaan korang. Di Madinah ini, aku berasa sedikit tenang dan kurang penat berbanding di Mekah. Aku hanya menunaikan solat di Masjidil An-Nabawi dan ziarah Makam Rasulullah. Jemaah di Madinah juga kurang ramai berbanding di Masjidil Haram yang sentiasa sesak setiap masa. Masjidil An-Nabawi juga mempunyai ruang solat dan persekitaran yang sangat luas. Jadi, kita tak perlu risau dan gelisah utk solat di sana. Cuma ruang solat berdekatan dengan imam memang sangat sesak.


Pintu Masjidil An-Nabawi bersalut emas

Suasana Masjidil An-Nabawi di malam hari

Keadaan di bahagian dalam ruang solat Masjidil An-Nabawi


   Perjalanan dari Bandar Mekah ke Bandar Madinah memakan masa selama 8 jam. Bagi sesiapa yg tak biasa berjalan jauh menggunakan bas atau kereta, mungkin akan berasa sedikit kepenatan akibat perjalanan yg jauh. Di Bandar Madinah, tak nampak ketara sgt projek pembesaran seperti yg berlaku di sekitar Masjidil Haram. Madinah juga nampak lebih maju berbanding Mekah. Di sini, baru aku dapat lihat pelbagai jenis kenderaan yg digunakan dari Toyota sehinggalah jenama-jenama kereta yg mewah2 belaka. Di Mekah,majoriti penduduknya menggunakan kenderaan jenis Toyota.  

      Alhamdulillah hajatku utk solat di Raudah diizinkan Allah SWT yg juga dikenali sebagai 'Taman Syurga' kerana para sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Rasulullah SAW sering menunaikan solat dan mengadakan majlis ilmu di ruang Raudah itu.

Ruang Raudah dapat dikenal pasti kerana menggunakan karpet hijau berbanding ruang solat biasa yg menggunakan karpet merah.

           Ruang Raudah ini tidak luas mana pun,tapi bayangkanlah beratus-ratus jemaah ingin solat di sini dalam satu masa. Logiknya, agak sukar utk aku solat di sini kerana terlalu ramai jemaah solat di sini dan sering berasak utk memasuki ruang ini. Oleh itu aku guna formula aku, jgn sesekali menyakiti org lain seperti bertolak-tolak ketika sedang berasak,tapi org yg akan tolak aku ke dpn. Makin lama,aku akan ke dpn lalu memasuki kawasan Raudah. Lalu,aku berniat dan berhajat kpd Allah SWT, " Ya Allah, kau luaskanlah kawasan Raudah ini utk aku beribadat kpd Mu. Berilah peluang kpd hamba-hambamu yg soleh beribadat kpd kpd Mu". Dengan izin Allah, polis dalam kawasan Raudah memanggil aku utk solat di kawasan yg lapang .Bahagian depan ruang Raudah sangat luas dan aku boleh memilih tempat yg strategik agar tidak diganggu ketika sdg menunaikan solat. Alhamdulillah, aku diberi ruang oleh Allah SWT utk menunaikan solat sunat Dhuha dan solat hajat dengan khusyuk sekali. Memang betul, apabila aku memasuki kawasan Raudah.aku rasa aku seperti berada di dunia lain. Tiada satu pun perkara yg sia-sia terlintas di fikiranku ketika itu. Hanya beribadat semata-mata kerana Allah SWT. Selepas berdoa,aku terus beredar bagi memberi peluang kpd jemaah lain.

Di bawah kubah hijau terletaknya Makam Rasulullah SAW


Makam Rasulullah SAW bersebelahan kawasan Raudah


     Di Madinah, aku juga dapat menziarahi dan melawati tempat-tempat bersejarah seperti Gunung Uhud,Bukit Kasih Sayang dan macam2 lagi. 

Gunung Uhud tempat berlakunya Peperangan Uhud

Perkuburan Para Syuhada yg gugur ketika Perang Uhud termasuk Saidina Hamzah


    Bukit Kasih Sayang menjadi tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Siti Hawa selepas mereka berdua dipisahkan Allah SWT selama 100 tahun kerana membuatkan Allah SWT murka. Bukit ini biasanya menjadi tempat utk para jemaah berdoa kpd Allah SWT agar dipertemukan jodoh yg terbaik. Aku tak sempat nak mendaki puncak itu kerana kesuntukan masa.

Bukit Kasih Sayang

Kawasan Melontar Batu ketika musim Haji

Kawasan Muzdalifah

Arah Qiblat sebesar-besarnya !

    Bukan itu sahaja, aku juga diberi kesempatan utk menunaikan solat Dhuha dan mengambil wuduk di Masjid Quba,masjid pertama dalam sejarah Islam. Sabda Rasulullah SAW, " Barang siapa yg mengambil wuduk dan menunaikan solat di rumahku ini,maka pahalanya sama seperti pahala mengerjakan ibadat umrah". MasyaAllah, beruntungnya kalau seseorang itu menunaikan solat di Masjid Quba setiap masa.

Masjid Quba

Ruang Solat Masjid Quba


    Sampai di sini sahajalah perkongsianku, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepadaku. Semoga perkongsianku ini dapat menjadikan diriku serta kalian sebagai hamba yg soleh kepada Allah. Mudah-mudahan,kita sentiasa dijemput menjadi Tetamu IstimewaNya. Wallahualam....

Pemandangan Masjidil An-Nabawi di waktu subuh

Pelan Pembesaran Masjidil An-Nabawi

Kerja Pembersihan giat dijalankan

Masjidil An-Nabawi














Suka ke tidak blog ini ?

Berita Semasa

Updates.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Kini,banyak penulisan telah dibuat.Harap para pembaca dapat menilai penulisan tersebut di ruangan komen yang telah disediakan.Terima kasih.

Apa kata kau ?

Snow Ball

AWAS ! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup di sekitar laman ini.

Follow & Dashboard Button

Pembaca Setia Aku

Segalanya Tentang Aku

Diari HifniAhmad . Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© Catatan Hidup Hifni, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography

2013 Hak Cipta Terpelihara. Blog Catatan Hidup Hifni