AKU CERITA,KAU HAYATI

Travelog Umrah 1- Mekah Al-Mukarramah


    Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan pembaca sekalian. Setelah sekian lama aku tidak menulis entry baru,kini aku sematkan dalam diri aku utk kongsi pengalamanku ketika menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci Masjidil Haram dan Tanah Suci Masjidil An-Nabawi utk mengerjakan ibadah umrah. Aku tahu ramai yg telah diemput ke Tanah Suci ni dan ada yg masih menunggu utk dijemput ke sana. Alhamdulillah, segala pengalaman dan kisah yg aku tulis ni bolehlah dijadikan pedoman dan rujukan agar kita semua menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah.

  Aku mndapat berita daripada ibuku bahawa visa kami ke Tanah Suci telah diluluskan kira-kira 4 hari sebelum bertolak ke sana. Aku sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana inilah peluang aku utk berdoa dan beribadah agar Allah SWT memakbulkan setiap hajatku. Aku juga telah menghadiri kursus umrah dan mengulang kaji 'subjek' itu sehari sebelum bertolak. Bukan itu sahaja, aku juga belajar balik syarat-syarat sah solat fardhu supaya ibadahku lebih sempurna dan diredhai Allah SWT. Aku mulalah rujuk buku panduan solat fardhu bagi membetulkan segala bacaan aku. Aku juga sempat melatih diri pakai ihram takut nanti terlucut. Huhuhuhu.... Buat pengetahuan korang,aku hanya bawa kira-kira 4 helai baju untuk 2 minggu kat sana. Hebat tak? Hahaha..aku lelaki siapa pun tak kisah kan. Kalau perempuan tak tahu lah camne kan.

  Aku tiba di KLIA kira-kira pukul 10 pagi dan menunggu selama lebih kurang 2 jam untuk mendaftar masuk bagasi. Jadual penerbangan aku pukul 3.20 petang dan aku bertolak terus ke Jeddah. Masa perjalanan selama 8 jam menggunakan kapal terbang MAS Airlines. Bayangkan lah aku duduk atas kapal terbang tu selama 8 jam dengan berpakaian ihram. Nasib baik bahagian belakang kpl terbang tu lengang. Jadi, aku boleh jalan-jalan dan bertukar-tukar tempat duduk. Menu dalam kapal terbang pun sedap2 belaka. Kenyang sungguh perutku dibuatnya. Sepanjang perjalanan tersebut,aku asyik fikir bagaimana kalau nanti Allah 'butakan' penglihatanku daripada melihat kaabah memandangkan aku banyak dosa terhadap Allah SWT. Aku banyak mendengar cerita yg kurang enak sebelum pergi ke Tanah Suci Mekah. Lantaran itu,aku perbanyakkan istighfar aku agar Allah SWT benar2 menjemputku sebagai 'tetamu istimewaNya' di Tanah Mekah. Aku tiba di Jeddah kira-kira pukul 11 malam dan solat isyak di lapangan terbang tersebut sementara menunggu bas tiba menjemput kami pergi ke hotel.

   SUBHANALLAH.. aku telah pijak bumi Mekah yg penuh berkat ni !!! Setibanya aku di hotel, aku terus dibawa ke dewan makan utk menjamu selera dan meletakkan barang2ku di dalam bilik hotel. Alhamdulillah aku dan keluargaku dapat menetap di bilik yg sama. Kira-kira pukul 12 tgh malam, aku bersiap-siap menunggu van utk menjemputku ke Masjidil Haram. Hotel aku kira-kira 3 km dari Masjidil Haram. Tapi aku sgt bersyukur hotelku jauh dari Masjidil Haram memandangkan terdapat projek pembesaran sdg dilaksanakan di sekitar Masjidil Haram. Debu-debu itu juga dapat mnganggu kesihatan kita seperti asma,batuk dan sakit tekak. Van itu menurunkan aku berdekatan dengan Masjidil Haram. Aku masih tidak nampak kaabah di depan mataku kerana kaabah berada di luar sedgkan aku masih berada di luar Masjidil Haram. MASYAALLAH ! Luaran Masjidil Haram sungguh indah dikelilingi lampu limpah yg sgt2 cerah ditambah lagi dgn seni bina Islam yg sangat unik dan cantik !

   Gambar kat bawah ni baru luaran je tau ! Belum kat dalam lagi.. Cantik dan unik kan !!! Indahnya Islam..


   SUBHANALLAH ! Kali ini kaabah betul2 berada di mata aku. Perasaanku sgt sebak dan bersyukur kpd Allah dan aku rasa seperti kena tarik dgn magnet. Lalu aku niat umrah dan memulakan tawaf aku sebanyak 7   kali pusingan dengan yakin. Suasana malam itu agak sibuk dan riuh. Ramai juga yg tawaf tgh2 mlm buta ni.

  
   Selesai tawaf,aku pun solat sunat tawaf bertentang dgn multazam dan makam ibrahim. Selepas itu aku pun memulakan ibadat saeiku dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah sebanyak 7 kali bersamaan 4 km. Hohoho..pertama kali aku berjalan sejauh 4 km tgh2 malam buta ni. Hahhh ! masa saei ni lah aku merasa betapa peritnya Siti Hajar masa dahulu kala berlari-lari mencari air. Bayangkan lah dulu Siti Hajar berlari-lari ats padang pasir di tgh2 panas terik. Tapi kini, aku sdg berjalan di ats jubin dan di atsku ada kipas dan di tepiku ada air zamzam. Peristiwa inilah yg menguatkan lagi semangat aku untuk bersungguh-sungguh melakukan saei ! Selesai saei,aku terus bercukur dan akhirnya bebas juga aku dari larangan ihram ! Sesudah itu, aku dan keluarga beriktikaf di Masjidil Haram sehingga selesai solat fardhu Subuh. Alhamdulillah, aku rasa sgt bersyukur aku dpt menunaikan solatku dpn kaabah. Tenangnya hati ini..
    
    Sesudah solat fardhu subuh,aku pun balik ke hotel utk beristirehat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur kira-kira pukul 12.27 tgh hari. Setelah selesai mempersiapkan diri,aku pun terus menaiki van utk ke Masjidil Haram sekitar pukul 10 pagi iaitu 2 jam sebelum masuk waktu Zuhur ! 


       Setiap masa sekitar kawasan Masjidil Haram akan sesak,kebetulan pula masa aku pergi tu, Arab Saudi sedang cuti persekolahan seperti Malaysia.Jadi, mereka merebut peluang ini utk beribadat kpd Allah di Masjidil Haram.

     Alhamdulillah setiap apa yg aku hajatkan dan niatkan dalam hati Allah SWT perkenankan dan makbulkan. Terbukti Allah SWT itu Maha Mendengar...

Kawasan Hijr Ismail ini takda lah luas mana pun. Tapi bayangkan lah beratus-ratus jemaah ingin solat di kawasan ini dalam satu masa tapi aku masih mampu menunaikan solat sunat & solat hajat tanpa sebarang gangguan. Kalau jemaah lain,ada yang kene langkah masa sujud dan bermacam-macam lagi. Allahuakbar ! Insyaallah Allah izinkan jika korang tidak menyakiti org lain semasa sedang berasak,niatkan dalam hati dengan bersungguh-sungguh dan perbanyakkan zikrullah dgn penuh keyakinan. Insyaallah Allah luaskan kawasan Hijr Ismail utk korang beribadat kpdNya....

               Pengalaman paling mendebarkan dan mencemaskan yang tak mungin aku dapat lupakan ialah hajatku utk kucup Hajarul Aswad diizinkan Allah SWT. Aku memang sudah niatkan dari dalam hatiku dari hotelku yg aku ingin kucup Hajarul Aswad. Tapi sebelum itu, aku dan ayahku menunaikan tawaf sunat terlebih dahulu sekitar pukul 10 pagi. Yang hebatnya, jubin dataran Masjidil Haram tidak terasa panas sekalipun malahan terasa sejuk dan nyaman di kakiku walaupun di atasku sdg panas terik. Sesudah solat dan berdoa di Hijr Ismail, aku terus mencari ruang utk berhimpit dkt dgn kaabah agar mudah utk aku kucup Hajarul Aswad. Tiba-tiba, ada kakak indonesia menawarkan dirinya utk menolong aku kucup 'batu syurga' itu. Dia terus mencapai tgn aku dan memimpin aku ke tempat org yg sdg berasak. Saiz tubuhnya kecil daripada aku,tapi kekuatannya betul2 mengalahkan aku. Aku dipaksa olehnya utk memanjat temboh tepi kaabah dan hanya berpaut pada tali kelambu kaabah. Kebetulan pula kaki aku masa itu sedang dibasahi peluh dan tembok itu menjadi licin. Beberapa kali juga aku hampir terjatuh tapi sempat dicapai akak tu. Aku hampir berputus asa bila tgk org kt belakang aku terlalu ramai. Apabila tiba giliran aku utk kucup Hajarul Aswad, aku terus lompat dan berdiri betul2 di depan Hajarul Aswad. Tanpa membuang masa,aku terus kucup Hajarul Aswad. Aku juga rasa seperti masa ketika itu seakan berhenti dan hanya aku sorang dlm dunia tu sbb tiada org di belakangku yg menarik aku keluar jauh ke belakang. Sesudah itu,aku dibawa keluar oleh akak tu jauh dari tempat org ramai dgn sgt mudah. Seakan ada laluan keluar khas utk aku ketika itu. Alhamdulillah aku,ayah dan adikku diizinkan Allah SWT utk mengucup Hajarul Aswad. Stamina kami masa itu sudah habis,aku termengah-mengah dan hampir muntah sbb batuk selepas kucup batu itu. Lantas,aku terus meluru ke arah air zamzam dan menikmatinya sepenuh hati aku....


  Bukan itu sahaja, bau kaabah juga amat wangi semerbak bau kasturi. Di situ, aku kucup Qiswah Kaabah dan berdoa kpd Allah SWT apa yg terlintas di fikiranku memandangkan ramai org sedang berasak di belakangku. Tapi yg aku hairannya, ada segelintir jemaah yg terlalu taksub sehingga menyapu kain ihram semata-mata hendak bau kaabah itu melekat di pakaian ihram mereka. Bagi aku, berdoa di depan kaabah sudah memadai dan tak perlu kot nak sapu kopiah,kain dieorg kat Qiswah Kaabah.


 Aku juga berpeluang merasai 'kehangatan' mengerjakan solat fardhu Zuhur di Dataran Masjidil Haram. Bayangkan lah,aku menunaikan solatku sekitar pukul 12.30 tgh hari di dataran tersebut di tengah panas terik tetapi lantai dataran tu tak rasa panas pun. Padahal, badanku sedang dilimpahi peluh yg 'wangi' . Nak buat macam mana kan, aku pergi Masjidil Haram 30 minit sebelum masuk waktu. Memang lah dah penuh dan sesak kat dalam Masjidil Haram. 


  Aku juga berkesempatan merasai nasi Arab,kebab Arab dan jus Arab di As-Safwah berdekatan Masjidil Haram memandangkan aku beriktikaf di masjid dari Zuhur hingga Isyak. Nasi Arab dia berharga 25 Riyal@RM 20 satu bekas besar. Memang puas lah ! Kebab dia pun sedap juga. Sayur dia segar-segar belaka ! Jus Arab pula manis dan pekat. Jus Arab tiada campuran gula atau air. Mereka terus kisar buah yg kita pesan dan jadilah jus buah dengan hanya menambah ais semasa dikisar. Sebab tu pekat dan manis gila. Harga lebih kurang 7 Riyal@RM 6.Lagi satu,org arab tak suka makan cili. Jadi mereka gantikan sos cili misalnya dgn sos tomato.Kalau nak makan nasi Arab pun,mereka akan sediakan sambal tomato yg enak. Oleh itu, jgn hairan kalau korang tak nampak sos cili kat sana.
  

  Di Masjidil Haram korang tak perlu risau nak ckp bahasa apa kat sana. Ramai juga jemaah dan para peniaga ckp dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga antara bahasa utama yg banyak digunakan oleh para jemaah di sana.


   Projek besar-besaran di Mekah juga giat dijalankan dalam usaha membesarkan kawasan Masjidil Haram bagi menampung para jemaah yg semakin meningkat saban tahun. Banyak hotel-hotel baru ataupun lama terpaksa diruntuhkan. Kedai-kedai kecil juga terpaksa dirobohkan. Banyak juga bukit diletupkan dan gegarannya memang terasa. Debu-debu berterbangan di luar Masjidil Haram sahaja. Aku mengalami sakit tekak semasa hari terakhir di Tanah Mekah. Bagi yg sensitif,mungkin mengalami selsema,batuk ataupun alahan. Korang jgn pula terkejut kalau minyak panas kat sana berharga RM 80 di farmasi. Ubat-ubatan di sana memang mahal-mahal belaka.Oleh itu,korang dinasihatkan bawalah ubat-ubatan yg brkaitan dari Malaysia seperti Panadol,Vicks dan juga minyak panas.

Pelan dan Replika Pembesaran Masjidil Haram


    Hahh ! Tandas dan tempat wuduk di Masjidil Haram agak jauh sedikit.Bayangkan lah aku kena lalu tempat org melakukan saei tapi akan belok ke kanan di penghujung Bukit Safa. Memang kat sana,kita sentiasa bersenam. Tapi tandas dia memang luas dan banyak sekali. Tandas dia ada no. sekali. Pernah juga 2 kali aku tertinggal kopiah aku kat dalam tandas. Jenoh aku nak cari.Alhamdulillah jumpa juga. Kalau ikutkan hati nak biarkan je. Hehehe..Kat bahagian dalam Masjidil Haram memang sangat sejuk. Aku kalau berpeluh sebab baru lepas tawaf,masuk dalam sekejap dan dalam masa 5 minit aku menggigil kesejukan.

        Akhir sekali,jgn bagi muka sangat kat segelintir org Turki yg degil. Menyampah aku tengok diaorng. Naik bas pun nak berebut dan tolak-tolak. Dah lah berebut sesama bangsa. Yang tua sampai ke muda semuanya sama. Diaorng kalau cakap,kalau boleh satu kampung dapat dgr,tapi aku tak faham pun apa yg diaorg cakapkan. Pernah suatu hari ini, aku tegur org Turki. Satu van senyap. Aku merenung tajam ke arahnya. Tapi tak tahulah dia faham ke tak aku speaking kan. Sabar je lah kan !

          Sampai di sini sajalah perkongsiaku utk Travelog Umrah-Mekah. Harap para pembaca sudi komen dan kita sama-sama berkongsi pengalaman yg menarik. Ini formula aku agar Allah perkenankan dan izinkan setiap hajatku,masa tengah berasak,aku tak kan sesekali tolak org,tapi org yg akan tolak aku ke depan.Fizikal korang kena kuat lah. Lepas itu, aku niatkan dalam hati, "Ya Allah,kau lapangkan lah kawasan ini wahai Tuhanku. Berikanlah peluang kepadaku dan hamba-hambamu yg soleh utk beribadat di tempat ini ya Allah. Aku juga perbanyakkan zikrullah. Alhamdulillah, hajatku utk menunaikan solat di Hijr Ismail tercapai dan aku juga dapat kucup Hajarul Aswad. Akhir sekali, kalau nak solat di antara saf paling hadapan berdekatan dengan kaabah, korang perlu ikut jemaah yg sedang tawaf sekurang-kurangnya 30 minit sebelum azan berkumandang dan berhimpit berdekatan dgn kaabah. Insyaallah,saf solat akan terbentuk secara automatik.Itu sahaja perkongsian daripadaku.Nantikan pula entry Travelog Umrah-Madinah akan datang !











1 Komen Hebat:

morimori says:
at: 8 April 2013 at 00:53 said...

Alhamdulillah :D
akhirnya anda sampai jugak ^^

Post a Comment

Assalammualaikum.Sila tinggalkan komen anda di sini ya.Satu pun jadilah.Terima kasih.

Suka ke tidak blog ini ?

Berita Semasa

Updates.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Kini,banyak penulisan telah dibuat.Harap para pembaca dapat menilai penulisan tersebut di ruangan komen yang telah disediakan.Terima kasih.

Apa kata kau ?

Snow Ball

AWAS ! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup di sekitar laman ini.

Follow & Dashboard Button

Pembaca Setia Aku

Segalanya Tentang Aku

Diari HifniAhmad . Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© Catatan Hidup Hifni, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography

2013 Hak Cipta Terpelihara. Blog Catatan Hidup Hifni