AKU CERITA,KAU HAYATI

Aku Masih Jahil?


MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?Jangan Pandang Remeh Bab ni..... 

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Salji Putih


  
   Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Di keheningan malam ni, aku ingin kongsikan antara minuman kampung yang sangat menyelerakan dan menyegarkan iaitu 'Coconut Shake' ! Ya, rugi kalau korang tak pernah merasai minuman ni. Kalau dulu, aku hanya boleh dapatkan minuman ni kat kampung halamanku di Kelantan. Kini, mujurlah kat kawasan rumah aku, minuman ni dah dijual di tepi jalan. Sangat menggalakkan ! Campuran air kelapa dan ais krim vanila cukup membuatkan tekak aku basah ! Maaf kalau aku terpaksa jujur yang Coconut Shake ni lebih sedap daripada Ice Blended ! Sampai di sini sajalah perkongsianku ! WASALAM !

*Penulis sedang menonton perlawanan bola antara Kedah dan Johor Darul Takzim ! Hebat sungguh Daniel Guiza.....


Dunia Aku


     Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Entry kali ni adalah antara salah satu entriku yang ekslusif kepada para pembaca yang ingin mengenali diriku dengan lebih mendalam lagi. Jadi, gambar-gambar yang dipaparkan sukar didapati dan aku terpaksa copy & paste ! Harap korang terhibur ye !

Gambar ini dirakam pada tahun 2007 dan ketika itu,aku baru berusia 12 tahun. Di manakah aku ?


Gambar ini dirakam pada tahun 2008/2009 dan aku berusia 14 tahun ketika itu. Kurus tak aku ?

Gambar ini dirakam pada tahun 2010 sewaktu berbuka puasa pada tahun 2010. Aku berusia 15 tahun.

Gambar ini dirakam pada tahun 2011 dan aku berusia 16 tahun ketika itu. PEACE !

Gambar ini dirakam pada tahun 2012 dan aku berusia 17 tahun ketika itu.



   Jadi, para pembaca sekalian, apakah yang dapat korang konklusikan ? Korang suka aku masa aku berusia berapa? HAHH ! Komen lahh ye..WASALAM !






Lelaki Ini


        Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Di pagi Jumaat yang indah ini, aku ingin kongsikan sesuatu kepada korang terutama kaum Hawa :D

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI :





  • Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  • Lelaki benci kekasih di'NGORAT'
  • Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda untuk seminit !
  • Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  • "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  • Mungkin lelaki mengorat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  • Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  • Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  • Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  • Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  • Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
  • Lelaki juga boleh menangis!
  • Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  • Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  • Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  • Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  • Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  • Seorang lelaki mampu mengorat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  • Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  • Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok"
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.
  • Lelaki benci gay!
  • Lelaki sayangkan ibu mereka.
  • Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  • Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
  • Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
  • Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
  • Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
  • Perempuan adalah kelemahan lelaki.
  • Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
  • Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
  • Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
  • Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
  • Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
  • Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
  • Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ... 
  • Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
  • Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  • Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
  • Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  • Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  • Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  • Lelaki berfikir terlalu banyak.
  • Fantasi lelaki tidak terbatas.
  • Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  • Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  • Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  • Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  • Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  • Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  • Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
  • Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  • Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, periksa adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  • Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  • Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya" 
  • Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  • Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  • Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  • Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  • Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  • Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  • Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki 
  • Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  • Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
  • Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta. !!!
  • Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
  • Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  • Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  • Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  • Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.
  • Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  • Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
  • Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  • Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  • Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  • Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  • Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  • Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  • Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  • Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  • Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  • Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  • Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  • Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  • Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  • Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  • Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  • Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  • Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  • Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
  • Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  • Lelaki benci perempuan yang gedik.
  • Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
  • Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka .. O___o

  • Sampai di sini sahajalah perkongsianku ! Segala maklum balas boleh lah disertakan di ruangan komen ! WASALAM !

    *Semua fakta di atas hampir menggambarkan diri penulis ? Cubalah ngorat penulis..hehehe



    Aku dan Dia


          Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Di pagi yang hening ni, aku nak kongsikan sesuatu kepada korang terutama kaum Hawa :D

    Lelaki Tak Suka Wanita Yang Suka Merajuk...

    Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan.
    Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut.
    Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk. 





    1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

    lagi sebab di bawah....

    2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

    3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

    4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

    5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

    6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

    7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

    8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

    9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

    10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

    11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

    12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

    13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

    14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

    15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

    16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

    17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.


        Sampai di sini sajalah perkongsianku. Kalau kaum2 hawa yang tidak puas hati. Silalah komen ye.WASALAM !


    Watashi Wa Aoi Chiwonagasu



       Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakanku yang dikasihi. Korang mesti nak tau kan maksud  perkataan Watashi wa aoi chiwonagasu kan? Hehehe..sebenarnya maksud perkataan ni ialah Aku berdarah biru versi bahasa Jepun. Hahaha...aku saja je nak buat kelainan sikit ! Ya, sudah lama tidak tulis entry baru. Aku kemiskinan idea untuk menulis. Entry kali ni, aku cuma nak kongsi kegembiraan aku bila Chelsea FC menang menentang Sparta Praha dalam saingan Piala Liga UEFA EUROPA ! HAHH ! Eden Hazard la penyelamat Chelsea bagi melayakkan Chelsea ke pusingan 16 pasukan terakhir. Tak sia-sia aku bangun pukul 4 pagi. Pengorbanan tu !




       Alhamdulillah, aku bukan sahaja dapat menonton perlawanan Chelsea. Tapi juga diizinkan Allah SWT dan diberi kesempatan untuk melakukan solat hajat sebelum masuk waktu Subuh. Pheww ! Bukan senang nak bangun beribadah pagi2 buta ni kan semata-mata kerana Allah. Ye lah kan, kita kenalah juga seimbangkan hal dunia dan hal akhirat demi mendapat keredhaan ALLAH SWT. Sampai di sini sajalah perkongsianku. WASALAM !

    *Penulis teruja sebab Chelsea FC bakal bertandang ke Malaysia tahun ini untuk jelajah pra-musim !


    Aku dan Dunia Hokiku






         Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan yang dikasihi. Di pagi-pagi buta ini, aku ingin memperkenalkan pemenang pingat gangsa MSSD Ledang 2012 iaitu pasukan SM Sains Muar. Hahaha..tak hebat pun kitaorang. Mungkin sebab rezeki berpihak kepada kami,jadi kami dapatlah membawa sekurang-kurangnya pingat gangsa. Okey, ni aku nak ceritakan perjalanan kami sebelum pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut bermula pada bulan 3 dan kami baru hendak kumpulkan pasukan pada bulan 1. Hebat tak kitaorang. Hehehehe...buat pertama kalinya kami semua berlatih atas padang karpet kat Melaka selama kira-kira 1 bulan. Banyak juga pengalaman kitaorang dapat masa berlatih. Lepas itu, buat pertama kalinya dalam hidup segelintir daripada pasukan kami, akan menghadapi perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah vokasional. Pehh..masa tu aku diberi mandat untuk menjadi penjaga gol. Memang sumpah aku gementar,resah,teruja dan kaku sikit semasa perlawanan. Ye lah kan, 1st time kot beraksi. Aku dah lah biasa-biasa je. Serangan demi serangan aku cuba menerjah ke pintu gawang gol aku. Tapi,aku berjaya menyelamatkan keadaan ketika itu. Tapi malangnya, akhirnya mereka berjaya meloloslan diri daripada pertahanan pasukan aku dan aku berdepan penyerang tunggal merekan keseorangan. Kebijakan penyerang itu menggelecek aku yang pakai pakaian tebal ini,sekaligus menghadiahkan mereka gol ! Haihhh..aku sangat kecewa masa itu. Perlawanan pun tamat dengan kami hanya kalah 0-1 kepada sekolah vokasional tersebut. Aku puas hati dengan permainan aku dan berjanji akan melakukan yang terbaik di masa akan datang.

             Persiapan demi persiapan telah kami buat dengan rapi. Antaranya,kami melayan kunjungan pasukan dari Sekolah Tinggi Muar yang merupakan pasukan hoki yang disegani di Johor. Aku sangat gementar ketika itu. Tapi aku cuba memberikan persembahan yang terbaik semasa perlawanan persahabatan itu. Ternyata,mereka lebih banyak mengasak kami ! Perlawanan berkesudahan kami kalah 0-3 kepada Sekolah Tinggi Muar. Kami akur dengan kehebatan pasukan mereka. Mereka mempunyai seorang pemain SUKMA ! Tapi kami sangat bangga sebab dapat merantai permainan pemain SUKMA tersebut daripada menjaringkan gol !

                Kini, tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh kami. Kejohaan Hoki Majlis Sukan Sekolah Daerah Ledang 2012. Kami tiba di sana seawal 7.30 pagi. Kami bersarapan sedikit,menyiapkan mental dan fizikal sebelum perlawanan pertama. Kami juga akan berlawan dengan sekolah Projek Hoki ! Seprti biasalah,kami diasak dengan serangan yang bertali arus ! Kami kalah,kami kecewa ! Kami menang 1-0 dengan sekolah apa ntah? hehehe...seterusya melayakkan kami sebagai pemenang pingat gangsa. HAHA ! Sampai di situ sajalah perkongsianku. WASALAM !


    Nasi Terbalik ?




          Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Di waktu dan ketika ini,aku ingin memperkenalkan kepada korang Nasi Arab yang bernama Maqlubah@ diberi jolokan 'Nasi Terbalik'.Hahh ! Bukan senang tau nak dapat bentuk nasi seprti dalam gamabar di atas.Memerlukan kekuatan dan kesabaran bagi memastikan kita dapat bentuk yang terbaik ! Pheww..nak masak memang senang bergantung kepada citarasa masing-masing.Aku dan keluarga saling bantu-membantu untuk menyiapkan menu dari Timur Tengah ini. Pertamanya,kita kena rebus ayam jika korang suka ayam lah..kalau dah jemu,guna lah daging kuda ye...Lepas tu,kita kena campur adukkan dan mampatkan dalam periuk nasi korang.Heyy ! Pastikan nasi korang siap masak,dicampur rempah-ratus dan segala bahan yang aku tak mampu ingat..hehehe...Lepas siap..korang guna lah segala kudrat korang untuk menterbalikkan periuk nasi tu di atas dulang yang besar untuk mendapatkan bentuk nasi yang kemas dan cantik ! Nasi ni boleh dimakan dengan sambal tomato yang enak sekali ! Hehehe...Sampai di sini sajalah perkongsiaNku..WASALAM !


    *Penulis tengah tengok perlawanan Selangor vs Kelantan.Selangor negeri asal penulis tetapi Kelantan kampung penulis.Jadi,penulis berada dalam dilema.Tapi penulis tetap menyokong pasukan Selangor !

    Aku Seorang Penjelajah #2







        Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakanku yang dikasihi.Di saat dan ketika ini,aku ingin mengarang lagi sebuah penjelajahan aku ke negara jiran iaitu Singapura. Tak banyak yang hendak diceritakan kerana aku pasti ramai antara korang yang pernah menjejakkan kaki ke Kota Singa ini.Ada juga yang menjadikan Singapura ni sebagai 'rumah kedua' ! Amboi2...hebat lettuww...Sejujurnya,tiket masuk keluarga aku ke Universal Studios Singapore ditanggung 100% oleh ayah saudara aku..Huihhh..rezeki2...hikhik ! Dalam USS ni banyak permainan yang menarik serta mengerikan terutamanya masa naik roller coster ! Pehhh...gayat,sedih,gembira,teruja,takut semuanya bercampur-baur dalam fikiran aku ! Berguling-guling aku dibuatnya ! Masa naik roller coster tuh,aku hanya mampu pejamkan mata dan duduk senyap2 walhal yang lain melalak tak tentu arah.HAHA..kelakar siott...Permainan yang paling best semestinya Transformers ! Kalau nak tau apa yang bestnye,pergilah USS ! hehehe...awal pagi lagi tempat tu dah berantur panjang...haihh..sabo je lahh ! Hahh ! Aku rasa tu je kot yang aku nak kongsikan kepada korang.Kalau korang nak saling bertukar-tukar pengalaman,tinggalkan lah komen korang kat bawah ni ye..Sampai di sini sajalah perkongsianku.WASALAM !

    *Penulis sakit belakang ni sebab baru lepas main bola.Penat wooo ! Berbaloilah juga sebab dah jaringkan 4 gol..hehehehe


    Aku Seorang Penjelajah #1





      Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Di sini, aku ingin berkongsi dengan korang pengalaman sewaktu jelajah di Beijing,China yang juga merupakan pertama kali aku ke luar negara. Perasaan teruja ini sewaktu aku di Tingkatan 1 tahun 2008 ! Kalau tengok di atas,aku macam 'body builder' gak lahh..hehehe...Yang paling best,bila aku hembus nafas,keluar asap wooo ! HAHA..sejuk gak cuaca masa tuh..Waktu tempatan Beijing sama sahaja macam waktu tempatan Malaysia. Hebat tak..hehe...tak silap aku,masa tu aku pergi bulan 6 sebelum pelancaran Sukan Olimpik Beijing 2008,dapat gak tengok Stadium Olimpik dari seberang jalan.

         Pengalaman mendaki Tembok Besar China@Great Wall of China sangat2 TERBAIK ! Aku dengan sepupu aku dapat sijil tau ! Kiteorang naik sampai 5 stesen kot..pehh..tinggi kot ! gayat pula tengok bawah..agak2 kalau kat tepi tu ada kolam renang..dah lama aku buat kuak kupu-kupu ! heeeeee. Kat situ,tak de lahh sesak sangat orang.Lapang juga lah..Hahh ! nasi goreng cina kat Beijing,sumpah sedap ! dia punya nasi macam pulut2 sikit..tapi sedap gila ! Tu sebagai menu sarapan kami dan dihidangkan bersama air susu segar panas ! Sampai sekarang,nasi goreng cina tu terngiang-ngiang kat fikiran aku. Aku dalam dilema ! huhuhuhu....Lagi satu,gadget kat sana semua murah-murah belaka.Bayangkan aku boleh dapatkan ipod berharga RM 50 kat situ sedangkan kat Malaysia berharga RM 500 ++.. Ipod tu masih lagi berfungsi sampai sekarang tapi cermin die dah retak..hehehe..Peniaga kat situ fasih tau berbahasa Melayu. Jadi korang tak usaha nak segan silu berbahasa Melayu sebab sememangnya kebanyakan fasih berbahasa Melayu. Tapi yang paling sakit hati,bila peniaga kat situ dah la tak reti bahasa Melayu..bahasa Inggeris pun tak faham..Memang aku pro bahasa Mandarin..haihh...tu lahh nasib lahh kann..

              Apa yang pasti pengalaman melawat Beijing adalah suatu pengalaman yang tak kan aku lupakan dalam hidup aku. Harap aku dapat jejakkan lagi kaki aku ke bumi China suatu hari nanti.Sampai di sini sahalah perkongsianku.WASALAM

    *Penulis macam dibuai mimpi semasa penerbangan ke China dari Kuala Lumpur selama 4 jam.Dalam kapal terbang tu,penulis boleh main game,tengok tv,makanan pun sedap !



    Aku Berdarah Biru



        Assalammualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakanku yang dikasihi. Sini aku nak kongsikan kegembiraanku bila Chelsea menang 1-0 lawan Sparta Praha untuk perlawananan UEFA Europa League pukul 2 pagi awal pagi tadi. Tak sia-sia aku berjaga malam,ingatkan nak buat qiyammullail,tapi iman tak cukup kuat ahh..TERLEKA ! Haihhh....tapi aku tetap cuba untuk meningkatkan keimanan aku. Dalam perlawanan tersebut, Oscar menjaringkan gol tunggal Chelsea pada malam tu bila dimasukkan menggantikan Juan Mata. Oscar hanya bermain selama 33 saat sebelum menjaringkan gol yang menarik. Selepas ini,perlawanan timbal balik akan diadakan di Stamford Bridge. Harap Chelsea menang dan mara ke perlawanan akhir ! Seterusnya,memenangi Trofi UEFA Europa League ! GO THE BLUES <3 *korang dapat bayangkan tak,aku goreng daging pagi2 buta..HAHA...1st time siottt...nak buat acane,dah lapaq sangat ! heeee.. Sampai di sini sajalah perkongsianku.WASALAM !

    Cinta Terakhir


    Cinta Terakhir-Aiman

    Kau cinta pertamaku,
    Kau cinta terakhirku,
    Tiada apa yang bisa memisahkan kasih kita.....

    Kau ayu di mataku,
    Satu antara seribu,
    Tiada tara di dunia......

    Mungkinkah terputus di tengah jalan,
    Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
    Usah ragu dengan takdir....

    Mungkin kita kan berbeza haluan,
    Berakhirnya cerita percintaan,
    Segalanya ketentuan tuhan.....



       Lirik lagu di atas  ditujukan kepada seseorang yang merupakan antara insan istimewa dalam hidupku.Mungkin anda terfikir siapa gerangan insan tersebut ? Biarlah menjadi rahsia antara aku dan dia buat masa sekarang. Post ini bukan sempena Valentine's Day,tetapi tiba-tiba terdetik dalam hati aku ingin luahkan perasaan aku terhadap insan tersebut. Jika kita rindu pada seseorang,kita digalakkan sedekahkan insan tersebut al-Fatihah.Mudah-mudahan,Allah SWT meredakan kerinduan kita dan mengekalkan hubungan kita dengan seseorang itu bukan sahaja di dunia tapi di dalam syurga. Wallahualam..Sekian saja daripada aku.WASALAM !




     

    Aku Dan BSMM




       Assalammualaikum dan selamat sejahera kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Di sini aku nak kongsikan pengalamanku sewaku terlibat dengan Kem Perkhemahan BSMM Negeri Johor dan Belia Iskandar Johor yang bertempat di Taman Rekreasi Hutan Bandar Johor Bahru Tengah pada 18 Mei 2012.Gambar di atas ialah Ahli Majlis Tertinggi BSMM SM Sains Muar.Aku dua dari kiri(pengerusi tu,heeee).

    18 Mei 2012
      Kami dari wakil BSMM Ledang@Muar selamat tiba di kem perkhemahan kira-kira pukul 9.30 malam. Pada malam tu,ramai gila budak2 BSMM ! Aku diperkenalkan tentang penggunaan Radio Amatur untuk kegunaan semasa bencana alam dengan menggunakan set radio khas dan 'walkie talkie'. Selepas itu,1st time pasang khemah tengah2 malam buta.Dengan bantuan lampu picit,sedikit sebanyak mempercepatkan aku dan rakan-rakanku mendirikan khemah.

    19 Mei 2012
        Pada hari kedua yang juga hari terakhir kem perkhemahan,banyak aktiviti telah diadakan sepanjang hari.Pengalaman solat subuh dalam  khemah antara pengalaman menarik ! Tandas sudah penuh seawal jam 5.45 pagi dan tapak solat agak jauh sikit dari tapak khemah aku.Aktiviti pertama,aku menempuh aktiviti yang diberikan nama Simulasi.Masa tu,aku belajar buat solekan luka ataupun kecedaraan ala-ala yang digunakan semasa pengambaraan filem atau drama.Antara acuan yang digunakan ialah tepung gandum,garam dan aisin pewarna kuih.Hasilnya,lihatlah gamba di atas.Ada yang aku tengok gelagat peserta yang lain yang melebih pula cedera dia ! HAHA..teruja sangat kan..ye lahh kan..ikutlah kreativiti masing-masing.

            Selesai sudah akiviti simulasi,aku terlibat dengan aktiviti MASS CPR.Pehh..! Aku ingakan senang je CPR ni ! Rupa-rupanya susah juga ye..aku kene check mulut mangsa lahh,picit hidung pastu dan hembus mulut mangsa.Mangsa yang dimaksudkan ialah patung ye...tapi kalau ada perempuan yang nak volunteer..panggil aku ye...hehe ! 1st time hembus..yang semputnya aku ! HAHA..tp 2nd time buat baru dada patung tuhh naik ! 

              Seronokkan kalau ada aktiviti macam ni.Banyak pengalaman aku dapat ! Sampai di sini sajalah perkongsianku.WASALAM !

    Perjalanan Seorang Bakal Pemandu


       Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakanku yang dikasihi sekalian. Hari ini,aku nak kongsi perjalananku daripada seorang budak biasa yang bakal mendapat Lesen L ! Okey,tepat 1 Januari 2013 aku menghadiri Bengkel Ceramah Memandu 5 jam dekat Metro Driving Academy Cawangan Puchong. Aku kena pakai baju berkolar dan berkasut yang mengingatkan aku kehidupan di asrama dahulu kala. Aku pun menghadiri bengkel tu seawal pukul 10 pagi dan ceramah tu bermula pukul 10.30 pagi. Banyak input dan pengetahuan yang berguna aku dapat semasa menghadiri ceramah tersebut. Nasib baik selama 5 jam ceramah tu,aku tak tertidur sebab penceramah dia cool dan bergaya ! Selepas menghadiri ceramah tersebut,aku pulang ke rumah dan mengulang kaji pelajaran subjek Memandu ! Hahaha..macam SPM je tau aku belajar. Aku nak lulus ujian berkomputer ! Jadi, aku pun habiskan 500 soalan ramalan dan buat 3 kali ujian berkomputer online untuk memastikan aku telah bersedia 100% ! Yang bergayanya,aku hanya belajar 3 hari sebelum ujian tersebut ! Berserabut otak aku ! Haihhh....Kini,tibalah hari yang dinantikan... Aku revise balik apa yang aku belajar dan ingat semuanya. Aku pun melangkah masuk ke tempat ujian berkomputer tersebut dengan agak tenang. Soalan demi soalan aku habis jawab dan mengambil masa selama 30 minit. Aku rasa aku habis jawab semua soalan dalam masa 15-20 minit. Tapi,ye lah kan aku tak nak over confident dan semak semula apa yang aku jawab. Selepas itu,aku klik butang 'SEMAK' .Dupp..dupp..dupp... Aku pun mematikan komputer tersebut dan masukkan semula kerusi tersebut ke dalam meja dengan tersusun. Aku capai beg aku dan pergi ke kaunter pusat tu. Kau rasa aku lulus ke tak eh? Bila wanita kat kaunter menyerahkan slip keputusan. Aku dapat 44/50 ! Fuhhh..lega betul..lulus siott..Aku pun pulang pulang ke rumah dengan sangat gembira. Dua hari sudah berlalu, aku kena menghadiri Bengkel Pra-L !  Pada sesi pagi,aku datang pukul 10.30 pagi.Lepas tu,bayangkan ceramah bermula pukul 11.30 pagi ! Pehh..menyumpah aku...haishhh ! Pada sesi petang yang syiokk ! Aku pandu kereta 1st time siottt...Mula-mula aku memang lambat pick up bila nak pusingkan stereng.Lama-lama dah ok lah.Tapi,kerap juga enjin kereta mati khususnya bila nak parking kereta. ! Aku pun tertekan juga sampau berpeluh tau ! Bengkel Pra-L tamat pukul 5.30 petang dan aku sangat penat ! Sampai di sini sajalah perkongsian aku ya ! Doakan aku untuk lulus Ujian JPJ nanti.WASALAM !

    Aku & Blog


       Assalammualaikum kepada rakan2ku yang dikasihi sekalian. Sini aku nak kongsi betapa peritnya edit Blog ! Pehhh,macam cibet jekkk...bayangkan 8 jam aku edi blog,belajar balik basic2 blog dan tutorial blog.Akhirnya,dapat juga berikan korang hasilku yang tak seberapa ni. Terima kasih kepada rakan2ku yang dari geng SBP kerana sudi memberikan sedikit tunjuk ajar yang berguna kepada aku. Jasa kalian amat aku hargai. Tapi,sekarang aku masih dalam proses pembelajaran lagi. Banyak lagi yang aku kene perbaiki dan ingkatkan kualiti blog aku ni.  Segala pandangan dan pendapat korang boleh ditinggalkan dalam ruangan chat ya ! PENATlahh hoii..ditambah lgi dengan lapar dan mengantuk ! Sampai di sini sajalah perkongsian aku.WASALAM !

    Aku Budak CENDOL




        Alhamdulillah,baru selesai menikmati rojak dan cendol bersama keluarga.Pehhh ! sedap yang teramat sangat ! Basah tekak bila menghirup cendol,kenyang perut bila menelan rojak.Hehehehe....Ni aku nak cerita sikit pengalamanku dahulu kala. Adalah suatu hari ni,aku dengan rakan2ku pergi outing kat Muar,Bandar Diraja. Ye lah kan,banyak juga kami berjoli memandangkan tu 2nd last outing buat selama-lamanya kat SAMURA. Jadi, selepas penat dan puas berjalan ke sana dan ke mari berjoli,kami singgah di kedai cendol depan sekolah. Gerai dia agak terpencil dan itu pertama kali aku tahu wujudnya gerai cendol kat situ walaupun sudah 1 tahun lebih aku di SAMURA.Hehehehe..Aku dan rakan2ku pun pesan lah cendol. Aku pun pesanlah CENDOL PULUT manakala rakan2ku pesan Cendol Kacang. Jadi,pakcik tu hantar cendol yang kami pesan.Pabilaku mula hirup cendolku dengan tenang,tiba-tiba,what the hack ! Masamm siauuu.. ! Rupa-rupanya aku sedang makan Cendol PULUT TAPAI ! bukannya cendol pulut biasa ! haihhh...dalam hatiku sabar je lahhh ! last2,yg air cendol aku habiskan,yg pulut tapainya aku biarkan.Banyak pula tu ! haihhh..1st time aku didera makan dari segi mental ! *PENGAJARANNYA:Pesan makanan anda dengan lebih spesifik tau ! WASALAM

    Aku.Pelajar Sekolah & Bebas SPM

    Jadual Perjalanan Hidupku Ketika Masih Bergelar Seorang Pelajar Sekolah......



    6.10 a.m: Aku terbangun. Lalu bergegas mandi dan pakai kemeja sekolah. Aku menghadap cermin lokerku      dan berkata, 'kacak gak aku,ye'.Lalu aku mengemas katil aku dan menjemur tuala di ampaian.Aku isi air dalam botol dan mulakan langkahku ke surau dengan pantas!Aku lihat langit masih gelap dan cuaca di pagi hari sangat sejuk dan nyaman sekali.Aku tak suka sarapan awal pagi.Aku hanya sarapan pada waktu rehat masa PNP !

    6.30 a.m.: Aku mula sampai di surau SAMURA dan solat secara berjemaah dengan rakan-rakan yang lain.

    7.00 a.m.: Aku segera ke kelas aku dan segera mempersiapkan diri untuk menempuh masa PNP dengan bersemangat sekali !

    2.00 p.m.: Sesi PNP tamat dan aku bersama rakan sekelasku mula menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan tengah hari.Selepas itu,aku menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau.

    3.00 p.m: Aku menghadiri sesi kelas persediaan @ prep petang di kelas. Sebelum ke kelas,aku akan singgah di koperasi untuk memebeli seseuatu bagi menghilangkan kepenatan aku pada petang hari ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas.

    4.30 p.m.: Prep petang tamat dan aku segera ke surau untuk solat Asar. Lepas itu, aku menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan petang.

    5.30 p.m: Aku pergi riadah petang. Biasanya,aku main futsal. Tapi kadang-kadang aku ikut latihan bola baling dan hoki. Kadang-kadang juga aku join main bola keranjang. Aku dapat menghilangkan tekanan belajar semasa riadah.

    6.30 p.m: Aku terus jejak ke dewan makan untuk makan malam.Selepas makan,aku balik dorm.Mandi dan siapkan diri untuk ke prep malam @ kelas tambahan malam.Selepas siap,aku menuju ke surau untuk al-Mathurat bersama rakan-rakan yang lain.Selesai sudah solat Maghrib,aku tunaikan solat Hajat dan membaca al-Quran.

    8.00 p.m: Kalau tak ada kelas tambahan. Aku akan buat kerja sekolah serta mengulang kaji pelajaran !

    10.30 p.m: Prep malam tamat dan aku menuju ke surau untuk menunaikan solat Isyak.Selepas itu,aku menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan tengah malam pula.Pehh sehari je 5 kali aku makan ! Ni tak termasuk lagi makanan tambahan lain.

    11.00 p.m: Aku ulangkaji pelajaran. Kalau ada masa,aku luangkan masa dengan rakan-rakan dorm. Aku gosok baju sekolah untuk kegunaan pada esok hari pula.

    12.30 a.m.: Aku lena dibuai mimpi yang indah...ZZzzz.....


    Jadual Perjalan Hidupku Setelah Bergelar Pelajar Lepasan SPM...



    6.30 a.m: Aku bangun dari mimpiku.Mandi dan mula mempersiapkan pakaian sekolah adikku yang berumur 9 tahun.Aku memastikan penampilannya sentiasa kemas dan bergaya.Lepas itu,aku temannya tunggu bas sekolah sambil main PSP.Aku jemur baju di ampaian.

    7.00 a.m: Aku mula mencapai komputer ribaku untuk melayari internet dan menonton Malaysia Hari Ini di TV3.Bukan itu sahaja,aku juga sedang bermain game FIFA 12 kat PSPku.

    9.30 a.m: Aku menyediakan sarapan aku dan menikmatinya seorang.

    10.00 a.m: Aku terus melayari internet sementara tunggu adikku balik dari sekolah agama.

    11.00 a.m: Aku menyediakan makanan untuk adikku.Aku mempersiapkan penampilannya sebelum ke sekolah rendah pula.Aku menemaninya menunggu bas sekolah.

    12.30 a.m: Aku mula mengemas rumah dan memastikan keadaan rumahku berada dalam keadaan yang terbaik.Aku mengambil baju di ampaian yang sudah kering ke dalam rumah.Aku pun mula tidur pada tengah hari.

    2.00 p.m: Aku bangun dari tidurku dan menunaikan solat Zuhur. Aku sambung main game dan melayari internet.

    5.50 p.m: Aku riadah petang dengan main bola kat padang.Badan aku sakit dan kakiku sakit.Huuuuu !

    6.50 p.m: Aku balik rumah.Minum air dan mandi sementara menunggu waktu Maghrib.

    8.30 p.m: Aku makan malam bersama ahli keluargaku.

    9.00 p.m: Aku solat Isyak dan sambung main game dan melayari internet.

    2.00/3.00 a.m: Aku kepenatan lalu tidur dengan lenanya.

    Jadual di atas ialah kisah benarku dalam menempuh kehidupan seharian.Jadual tersebut mungkin berubah mengikut aktiviti2 yang tak dapat dielakkan.Harap anda dapat membezakannya ! Inilah aku penganggur sepenuh masa.....






    Suka ke tidak blog ini ?

    Berita Semasa

    Updates.
    Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Kini,banyak penulisan telah dibuat.Harap para pembaca dapat menilai penulisan tersebut di ruangan komen yang telah disediakan.Terima kasih.

    Apa kata kau ?

    Snow Ball

    AWAS ! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup di sekitar laman ini.

    Follow & Dashboard Button

    Pembaca Setia Aku

    Segalanya Tentang Aku

    Diari HifniAhmad . Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
     

    © Catatan Hidup Hifni, All Rights Reserved
    Design by Dzignine and Conceptual photography

    2013 Hak Cipta Terpelihara. Blog Catatan Hidup Hifni