Assalammualaikum dan selamat sejahera kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Di sini aku nak kongsikan pengalamanku sewaku terlibat dengan Kem Perkhemahan BSMM Negeri Johor dan Belia Iskandar Johor yang bertempat di Taman Rekreasi Hutan Bandar Johor Bahru Tengah pada 18 Mei 2012.Gambar di atas ialah Ahli Majlis Tertinggi BSMM SM Sains Muar.Aku dua dari kiri(pengerusi tu,heeee).
18 Mei 2012
Kami dari wakil BSMM Ledang@Muar selamat tiba di kem perkhemahan kira-kira pukul 9.30 malam. Pada malam tu,ramai gila budak2 BSMM ! Aku diperkenalkan tentang penggunaan Radio Amatur untuk kegunaan semasa bencana alam dengan menggunakan set radio khas dan 'walkie talkie'. Selepas itu,1st time pasang khemah tengah2 malam buta.Dengan bantuan lampu picit,sedikit sebanyak mempercepatkan aku dan rakan-rakanku mendirikan khemah.
19 Mei 2012
Pada hari kedua yang juga hari terakhir kem perkhemahan,banyak aktiviti telah diadakan sepanjang hari.Pengalaman solat subuh dalam khemah antara pengalaman menarik ! Tandas sudah penuh seawal jam 5.45 pagi dan tapak solat agak jauh sikit dari tapak khemah aku.Aktiviti pertama,aku menempuh aktiviti yang diberikan nama Simulasi.Masa tu,aku belajar buat solekan luka ataupun kecedaraan ala-ala yang digunakan semasa pengambaraan filem atau drama.Antara acuan yang digunakan ialah tepung gandum,garam dan aisin pewarna kuih.Hasilnya,lihatlah gamba di atas.Ada yang aku tengok gelagat peserta yang lain yang melebih pula cedera dia ! HAHA..teruja sangat kan..ye lahh kan..ikutlah kreativiti masing-masing.
Selesai sudah akiviti simulasi,aku terlibat dengan aktiviti MASS CPR.Pehh..! Aku ingakan senang je CPR ni ! Rupa-rupanya susah juga ye..aku kene check mulut mangsa lahh,picit hidung pastu dan hembus mulut mangsa.Mangsa yang dimaksudkan ialah patung ye...tapi kalau ada perempuan yang nak volunteer..panggil aku ye...hehe ! 1st time hembus..yang semputnya aku ! HAHA..tp 2nd time buat baru dada patung tuhh naik !
Seronokkan kalau ada aktiviti macam ni.Banyak pengalaman aku dapat ! Sampai di sini sajalah perkongsianku.WASALAM !





0 Komen Hebat:
Post a Comment
Assalammualaikum.Sila tinggalkan komen anda di sini ya.Satu pun jadilah.Terima kasih.