Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakanku yang dikasihi sekalian. Hari ini,aku nak kongsi perjalananku daripada seorang budak biasa yang bakal mendapat Lesen L ! Okey,tepat 1 Januari 2013 aku menghadiri Bengkel Ceramah Memandu 5 jam dekat Metro Driving Academy Cawangan Puchong. Aku kena pakai baju berkolar dan berkasut yang mengingatkan aku kehidupan di asrama dahulu kala. Aku pun menghadiri bengkel tu seawal pukul 10 pagi dan ceramah tu bermula pukul 10.30 pagi. Banyak input dan pengetahuan yang berguna aku dapat semasa menghadiri ceramah tersebut. Nasib baik selama 5 jam ceramah tu,aku tak tertidur sebab penceramah dia cool dan bergaya ! Selepas menghadiri ceramah tersebut,aku pulang ke rumah dan mengulang kaji pelajaran subjek Memandu ! Hahaha..macam SPM je tau aku belajar. Aku nak lulus ujian berkomputer ! Jadi, aku pun habiskan 500 soalan ramalan dan buat 3 kali ujian berkomputer online untuk memastikan aku telah bersedia 100% ! Yang bergayanya,aku hanya belajar 3 hari sebelum ujian tersebut ! Berserabut otak aku ! Haihhh....Kini,tibalah hari yang dinantikan... Aku revise balik apa yang aku belajar dan ingat semuanya. Aku pun melangkah masuk ke tempat ujian berkomputer tersebut dengan agak tenang. Soalan demi soalan aku habis jawab dan mengambil masa selama 30 minit. Aku rasa aku habis jawab semua soalan dalam masa 15-20 minit. Tapi,ye lah kan aku tak nak over confident dan semak semula apa yang aku jawab. Selepas itu,aku klik butang 'SEMAK' .Dupp..dupp..dupp... Aku pun mematikan komputer tersebut dan masukkan semula kerusi tersebut ke dalam meja dengan tersusun. Aku capai beg aku dan pergi ke kaunter pusat tu. Kau rasa aku lulus ke tak eh? Bila wanita kat kaunter menyerahkan slip keputusan. Aku dapat 44/50 ! Fuhhh..lega betul..lulus siott..Aku pun pulang pulang ke rumah dengan sangat gembira. Dua hari sudah berlalu, aku kena menghadiri Bengkel Pra-L ! Pada sesi pagi,aku datang pukul 10.30 pagi.Lepas tu,bayangkan ceramah bermula pukul 11.30 pagi ! Pehh..menyumpah aku...haishhh ! Pada sesi petang yang syiokk ! Aku pandu kereta 1st time siottt...Mula-mula aku memang lambat pick up bila nak pusingkan stereng.Lama-lama dah ok lah.Tapi,kerap juga enjin kereta mati khususnya bila nak parking kereta. ! Aku pun tertekan juga sampau berpeluh tau ! Bengkel Pra-L tamat pukul 5.30 petang dan aku sangat penat ! Sampai di sini sajalah perkongsian aku ya ! Doakan aku untuk lulus Ujian JPJ nanti.WASALAM !
Suka ke tidak blog ini ?
Berita Semasa
Apa kata kau ?
Snow Ball
AWAS ! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup di sekitar laman ini.

Catatan Hidup Aku
-
▼
2013
(43)
-
▼
February
(36)
- Aku Masih Jahil?
- Salji Putih
- Dunia Aku
- Lelaki Ini
- Aku dan Dia
- Watashi Wa Aoi Chiwonagasu
- Aku dan Dunia Hokiku
- Nasi Terbalik ?
- Aku Seorang Penjelajah #2
- Aku Seorang Penjelajah #1
- Aku Berdarah Biru
- Cinta Terakhir
- Aku Dan BSMM
- Perjalanan Seorang Bakal Pemandu
- Aku & Blog
- Aku Budak CENDOL
- Aku.Pelajar Sekolah & Bebas SPM
- Anda tahu?
- Dari Kaca Mataku
- Idola Fantasi Aku !
- SM Sains Muar Batch 29 : Penebus Maruah
- In-Team Kalimah Cinta
- Naik Angin Aku Dibuatnya !
- Gila-gila Bola
- Ku Akui
- Hitam dan Putih
- Terukir Di Bintang
- Layan Selera
- Jejak Kasih #1
- Maaf Senior !
- Malam Rasa Sayang SAMURA@mlm rai senior(MRS)
- Salam,sudh 2 tahun kami brsama..7 org lelaki gag...
- Bermulanya di sini....
- Perjalanan Masih Jauh
- Jelajah Pulau Pinang
- Kehidupan lepasan SPM 2012
-
▼
February
(36)




0 Komen Hebat:
Post a Comment
Assalammualaikum.Sila tinggalkan komen anda di sini ya.Satu pun jadilah.Terima kasih.