AKU CERITA,KAU HAYATI

Terukir Di Bintang

Salam,seperti biasa  aku ingin kongsikan kepada korang tentang kehidupanku sebagai penganggur bertauliah.Maklumlah,lepas SPM ni banyak masa terluang sampai korang pon jadi bosan duduk kat rumah ni.Seawal 6.30 pagi aku sudah bangun dari tidur dan bersiap-siap untuk mandi dan solat.Awal kan? Jemur kain pagi2 buta !HEHE..Lepas tu teman adikku yang darjah 3 tunggu bas sekolah.Ah ! Rindu pula masa zaman aku tunggu bas sekolah.Teringat masa form 2,sementara tunggu bas sekolah,boleh pula aku dan kawan2 aku main bola tengah2 panas terik.Bayangkan ! Peluh mula membasahi badan2ku..heeee ^__^ Lepas adikku sudah pergi ke sekolah,aku akan menonton rancangan Malaysia Hari Ini sambil main PSP dan juga melayari internet.Cool kan ! Itulah,nak buat macam mana,pembantu rumah aku dah berhenti kerja.Konklusinya,akulah penggantinya ! Sebenarnya banyak tawaran kerja aku terpaksa tolak sebab mementingkan keluarga buat masa sekarang.Lesen kereta pun tengah belajar.Takutlah pula nak ambil test JPJ.Ramai kawan2ku berjaya dapat Lesen P kereta.Untunglahkan ! Okey,di mana kita tadi? Ke laut pula aku terangkan ya ^__^  Adik aku akan balik dari sekolah agama pukul 10.45 pagi dan aku akan goreng telur dadar untuk dia.Pandai kan aku masak.Alhamdulillah,setakat ni orang tak suka lagi masakan aku.HAHA ! Lepas adikku pergi ke sekolah rendah pula dalam pukul 12.30 tengah ari,aku mula kemas rumah dan mengangkat kain jemur yang sudah kering.Aku akan pastikan rumah dalam keadaan teratur,kemas dan bergaya ! Sekitar selepas solat Zuhur,aku akan tidur sampai pukul 4.00 petang.Lepas tu,bangun dan tunggu waktu solat Asar.Lepas solat,aku tengok filem kat internet ! Makan malam sekitar pukul 8.30 malam bersama keluarga tercinta ! BerFACEBOOK,BerTWITTER,BerBLOG sampai pukul 2 pgi.Okay kan? HAHA.Itulah serba sedikit tentang rutin harianku sepanjang bergelar penganggur sementara menanti keputusan SPM Mac ini <3 WASALAM

0 Komen Hebat:

Post a Comment

Assalammualaikum.Sila tinggalkan komen anda di sini ya.Satu pun jadilah.Terima kasih.

Suka ke tidak blog ini ?

Berita Semasa

Updates.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Kini,banyak penulisan telah dibuat.Harap para pembaca dapat menilai penulisan tersebut di ruangan komen yang telah disediakan.Terima kasih.

Apa kata kau ?

Snow Ball

AWAS ! Anda sedang diperhatikan melalui kamera litar tertutup di sekitar laman ini.

Follow & Dashboard Button

Pembaca Setia Aku

Segalanya Tentang Aku

Diari HifniAhmad . Theme images by andynwt. Powered by Blogger.
 

© Catatan Hidup Hifni, All Rights Reserved
Design by Dzignine and Conceptual photography

2013 Hak Cipta Terpelihara. Blog Catatan Hidup Hifni