6.10 a.m: Aku terbangun. Lalu bergegas mandi dan pakai kemeja sekolah. Aku menghadap cermin lokerku dan berkata, 'kacak gak aku,ye'.Lalu aku mengemas katil aku dan menjemur tuala di ampaian.Aku isi air dalam botol dan mulakan langkahku ke surau dengan pantas!Aku lihat langit masih gelap dan cuaca di pagi hari sangat sejuk dan nyaman sekali.Aku tak suka sarapan awal pagi.Aku hanya sarapan pada waktu rehat masa PNP !
6.30 a.m.: Aku mula sampai di surau SAMURA dan solat secara berjemaah dengan rakan-rakan yang lain.
7.00 a.m.: Aku segera ke kelas aku dan segera mempersiapkan diri untuk menempuh masa PNP dengan bersemangat sekali !
2.00 p.m.: Sesi PNP tamat dan aku bersama rakan sekelasku mula menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan tengah hari.Selepas itu,aku menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di surau.
3.00 p.m: Aku menghadiri sesi kelas persediaan @ prep petang di kelas. Sebelum ke kelas,aku akan singgah di koperasi untuk memebeli seseuatu bagi menghilangkan kepenatan aku pada petang hari ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas.
4.30 p.m.: Prep petang tamat dan aku segera ke surau untuk solat Asar. Lepas itu, aku menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan petang.
5.30 p.m: Aku pergi riadah petang. Biasanya,aku main futsal. Tapi kadang-kadang aku ikut latihan bola baling dan hoki. Kadang-kadang juga aku join main bola keranjang. Aku dapat menghilangkan tekanan belajar semasa riadah.
6.30 p.m: Aku terus jejak ke dewan makan untuk makan malam.Selepas makan,aku balik dorm.Mandi dan siapkan diri untuk ke prep malam @ kelas tambahan malam.Selepas siap,aku menuju ke surau untuk al-Mathurat bersama rakan-rakan yang lain.Selesai sudah solat Maghrib,aku tunaikan solat Hajat dan membaca al-Quran.
8.00 p.m: Kalau tak ada kelas tambahan. Aku akan buat kerja sekolah serta mengulang kaji pelajaran !
10.30 p.m: Prep malam tamat dan aku menuju ke surau untuk menunaikan solat Isyak.Selepas itu,aku menuju ke dewan makan untuk menikmati santapan tengah malam pula.Pehh sehari je 5 kali aku makan ! Ni tak termasuk lagi makanan tambahan lain.
11.00 p.m: Aku ulangkaji pelajaran. Kalau ada masa,aku luangkan masa dengan rakan-rakan dorm. Aku gosok baju sekolah untuk kegunaan pada esok hari pula.
12.30 a.m.: Aku lena dibuai mimpi yang indah...ZZzzz.....
Jadual Perjalan Hidupku Setelah Bergelar Pelajar Lepasan SPM...
6.30 a.m: Aku bangun dari mimpiku.Mandi dan mula mempersiapkan pakaian sekolah adikku yang berumur 9 tahun.Aku memastikan penampilannya sentiasa kemas dan bergaya.Lepas itu,aku temannya tunggu bas sekolah sambil main PSP.Aku jemur baju di ampaian.
7.00 a.m: Aku mula mencapai komputer ribaku untuk melayari internet dan menonton Malaysia Hari Ini di TV3.Bukan itu sahaja,aku juga sedang bermain game FIFA 12 kat PSPku.
9.30 a.m: Aku menyediakan sarapan aku dan menikmatinya seorang.
10.00 a.m: Aku terus melayari internet sementara tunggu adikku balik dari sekolah agama.
11.00 a.m: Aku menyediakan makanan untuk adikku.Aku mempersiapkan penampilannya sebelum ke sekolah rendah pula.Aku menemaninya menunggu bas sekolah.
12.30 a.m: Aku mula mengemas rumah dan memastikan keadaan rumahku berada dalam keadaan yang terbaik.Aku mengambil baju di ampaian yang sudah kering ke dalam rumah.Aku pun mula tidur pada tengah hari.
2.00 p.m: Aku bangun dari tidurku dan menunaikan solat Zuhur. Aku sambung main game dan melayari internet.
5.50 p.m: Aku riadah petang dengan main bola kat padang.Badan aku sakit dan kakiku sakit.Huuuuu !
6.50 p.m: Aku balik rumah.Minum air dan mandi sementara menunggu waktu Maghrib.
8.30 p.m: Aku makan malam bersama ahli keluargaku.
9.00 p.m: Aku solat Isyak dan sambung main game dan melayari internet.
2.00/3.00 a.m: Aku kepenatan lalu tidur dengan lenanya.
Jadual di atas ialah kisah benarku dalam menempuh kehidupan seharian.Jadual tersebut mungkin berubah mengikut aktiviti2 yang tak dapat dielakkan.Harap anda dapat membezakannya ! Inilah aku penganggur sepenuh masa.....






1 Komen Hebat:
at: 23 February 2013 at 16:29 said...
hoho . mcm ambee . lepasan spm . sngt laa bohsan ^^
Post a Comment
Assalammualaikum.Sila tinggalkan komen anda di sini ya.Satu pun jadilah.Terima kasih.